Assalamualaikum dan Selamat Datang,

Laman web ini diwujudkan untuk membantu masyarakat bagi mendapatkan maklumat mengenai pelan Takafulink yang terbaik di Malaysia.

PELAN TAKAFULINK


Pelan takafulink adalah pelan yang memberi perlindungan disamping pelaburan yang diluluskan Syariah.

Antara manfaat-manfaat yang disediakan ialah:
Kad Perubatan dengan 100% coverage.
Pampasan jika berlaku kematian keatas perserta atau lumpuh sepenuhnya.
Pampasan jika peserta menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal
Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan.
Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat jika menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya
Elaun harian hospital, elaun ICU, elaun pembedahan & elaun MC kemalangan
Pelan Persaraan
Perlindungan dan Simpanan Umrah dan Haji
MLTA

SYARIAH & KONSEP TAKAFUL

• Syariah adalah perundangan Islam
• Definisi - Jalan lurus
• Muamalat - Perundangan perniagaan contohnya perbank islam, insurans dsb.

Apakah Takaful?

• Al-Takaful, berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk membantu atau menjamin.
• Konsep insurans yang mematuhi Syariah di mana kumpulan peserta bersama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain menghadapi risiko yang akan timbul sebagai satu Tabarru’ atau derma kepada tabung takaful.
• Konsep perpaduan dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

Asas Takaful

• Jaminan bersama
• Penyertaan di dalam skim yang dipersetujui bersama
• Membantu satu sama lain menggunakan tabung yang ditakrifkan (tabung tabarru') untuk membayar kerugian yang ditakrifkan

Prinsip Takaful

• Tanggungjawab bersama
• Membantu dan bekerjasama
• Perlindungan bersama

Tabarru’

• Definisi – Derma
• Mengubah kontrak
• Peserta adalah pihak yang menanggung risiko bukannya syarikat
• Pengendali Takaful bukannya pemilik kepada dana tetapi adalah penjaganya
• Pengendali Takaful tidak boleh menggunakan derma-derma tersebut melainkan mendapat kebenaran dari peserta
• Elemen Gharar dan Masyir terhapus serta-merta

MRTA vs Mortgage Life (MLTA)



Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Mortgage Life (MLTA), sila hubungi saya @ 0192690029

Merancang PERSARAAN dalam usia muda..

Bagi mereka yang baru mula bekerja, tumpuan lebih terarah kepada kehidupan yang seronok dan bahagia, iaitu memiliki rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya.  Tidak mungkin pada masa ini, mereka pula dikehendaki untuk memikirkan tentang persaraan. Sekarang adalah masa untuk enjoy.

Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah silap. Jika melihat kepada data sedia ada tentang persediaan untuk menghadapi persaraan, ia amat tidak menggalakkan. Dalam kajian yang dikendalikan oleh Citibank mendapati:

  • 60% pengguna tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka
  • Hanya 22% mempunyai satu pelan persaraan

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh FOMCA pula, bila ditanya, “Adakah anda rasa bahawa simpanan anda mencukupi untuk untuk kegunaan semasa persaraan?”, sebanyak 64% yang menjawab, “Tidak!”.

Ramai pengguna hanya mengharapkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kos hidup mereka selepas bersara.  Berdasarkan  laporan di Berita Harian, “Kira-kira 72% pencarum menghabiskan semua simpanan mereka dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pengeluaran selepas bersara.


Persaraan adalah masa apabila anda tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji, sebaliknya anda akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka setiap pengguna harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan mereka apabila bersara.

Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, pengguna harus mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa seseorang bekerja untuk 30 hingga 35 tahun, seseorang mesti memilih satu-satu pelan persaraan dan harus berkomited untuk mematuhi pelan tersebut sehingga bersara.

Anda dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur sehingga bersara untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang cukup semasa bersara. Dengan mula menyimpan semasa usia masih muda, anda akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.

Untuk merancang persaraan anda dengan jayanya, anda harus menetapkan matlamat persaraan anda. Tabungan persaraan anda adalah jumlah simpanan dan pelaburan yang anda kehendaki untuk menjamin gaya hidup persaraan yang anda ingin nikmati.

Dalam perancangan untuk persaraan, anda juga harus sedar akan beberapa ancaman Inflasi.

  • Jika pada 10 tahun lepas, harga roti canai adalah 40 sen dan sekarang harga adalah RM 1.00, maka dalam 10 tahun atau 20 tahun hadapan anda boleh jangka harga semua barangan akan jauh lebih mahal daripada sekarang. 
  • Inflasi 15% setiap tahun bagi perbelanjaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. Semakin tua semakin banyak penyakit akan dihadapi dan masalah kesihatan ini boleh menghabiskan kewangan kita.

Oleh itu kita perlu merancang dan bersedia untuk menghadapi persaraan mulai daripada sekarang. Dapatkan PELAN PERSARAAN TAKAFUL untuk diri anda dan keluarga dengan menghubungi saya Faidzal @ 0192690029.

Guna duit EPF/KWSP untuk rawatan?


Ini adalah dilema untuk kakitangan swasta pulak. Bekerja selama beberapa puluh tahun dan membuat potongan EPF/KWSP setiap bulan dengan harapan simpanan tersebut boleh digunakan untuk kesenangan bila bersara nanti.

Tapi ini lah hakikatnya, bila berlaku penyakit kritikal dan untuk membayar kos perubatan, terpaksalah bawak keluar duit EPF ni, tak sempat pun nak tunggu bersara. Ada pun yang sempat bersara, ditakdirkan kena penyakit kritikal, terpaksa lah guna duit EPF tu untuk membayar kos2 perubatan. Selepas dah pulih dan duit EPF tersebut dah habis digunakan, kenalah bekerja balik dalam usia yang tua itu.

Maka bermulalah dari sekarang untuk menabung diTakaful dan dapatkan kad perubatan untuk diri anda dan keluarga.

Rawatan PERCUMA untuk kakitangan kerajaan?


Inilah dilema kakitangan kerajaan...bila ditanya perlukah Tuan/Puan ada kad perubatan takaful? kebiasaannya akan menjawab 'tak perlu, kami kakitangan kerajaan dapat rawatan percuma kat hospital kerajaan'

Tapi inilah hakikatnya.....setakat mana yang kerajaan boleh tanggung dan apa yang kerajaan tanggung? Tak semuanya PERCUMA! Bil2 rawatan yang besar dan berpanjangan, masuk besi/plate dalam kaki, etc....ada yang kena ditanggung sendiri. Salah satu penyelesaiannya adalah potongan gaji dan satu lagi tahu2 bila pencen nanti kena potong duit pencen.

Yang pasti, kelebihan adalah bagi mereka yang berpangkat tinggi sebab coverage maybe tinggi dan tak perlu beratur atau menunggu untuk mendapatkan rawatan, tetapi ANDA bagaimana? Maka bermulalah dari sekarang untuk menabung diTakaful untuk kesenangan anda dihari mendatang.

Pendapatan Agen...


Ye ke?? Betul ke? Macam mana? Nak tahu??  Hubungi saya @ 0192690029

REALITI kehidupan...


Adakah ini REALITI? Mampukah anda hidup dan mengharunginya? Sekiranya anda masih bekerja ditempat kerja anda sekarang, adakah anda mampu menaikkan gaji anda sebanyak 3 kali ganda dari sekarang dalam masa 5 tahun

Jika anda seorang yang bersungguh-sungguh dan komited TETAPI tidak berada dipersekitaran yang bagus?...kami ada jawapan, sila hubungi saya @ 019-2690029 untuk penerangan percuma...

Sebab utama peminjam GAGAL bayar HUTANG!


Adakah anda ingin menjadi sebahagian dari statistik? Bagaimana ianya dapat dielakkan. Bertindak lah dengan bijak, jangan gunakan kredit kad anda untuk membayar kos perubatan tetapi gunakanlah kad perubatan takaful. Bermulalah menabung dari sekarang didalam pelan takaful untuk persiapan dihari susah nanti.

Hospital swasta atau hospital kerajaan yang banyak?


Bilangan Hospital Swasta semakin meningkat setiap tahun, ini bermakna anda mempunyai banyak pilihan utk mendapat rawatan terutama semasa kecemasan. Tetapi adakah anda mampu utk menanggung kos perubatan yang tinggi? Oleh itu, dapatkan kad perubatan takaful anda sekarang!

Saya dah ada company punye insurans & medical card, tak perlulah saya ambik personal punyer...


Alasan ini mmg dah biasa kita dengar tapi apakah kesannye kepada anda & keluarga anda. Hayati lah cerita di bawah ini berkenaan pengalaman seorang rakan agent bersama prospek nyer. Diharap kita dapat bersama-sama mengambil ikhtibar.

Okay, ini cerita saya tentang orang yang taknak ambil personal takaful/medical card sebab terlalu selesa dengan coverage yang company bagi.

1. Hari Rabu baru ni, saya dapat satu phone call dari seorang prospect perempuan yang dapat flyers saya dari booth promosi di Jusco Alpha Angle.

2. Dia kata nak ambil medical card untuk suami dan dia kata dia boleh bayar maximum RM4,000.00 setahun.

3. Saya kata boleh je nak ambilkan untuk suami. Kalau suami sihat dan takde masalah kesihatan, dalam 2 weeks policy boleh approve dan siap.

4. Lepas tu baru prospect tu gitau yang suami dia sebenarnya ada leukemia stage 3. Ramai yang taktau bahawa leukemia juga adalah cancer. Dia nak ambil medical card sebab treatment cost mahal sangat.

5. Prospect tu gitau dulu suami dia seorang electronic engineer di sebuah company selama 14 tahun. Suami dia taknak ambil personal takaful sebab company dia cover unlimited medical bill.

6. Pada tahun 2008, doctor diagnosed suami dia ada leukemia. Masa tu company cover semua medical bill.

7. Bila dah start sakit, badan belum dapat sesuaikan dengan keadaan kesihatan waktu tu. So boleh kata hampir tiap2 hari suami dia cuti. Medical bill tiap2 bulan company tanggung.

8. Pada November 2009, suami dia dapat surat diberhentikan kerja sebab tak cukup tempoh bekerja dalam setahun dan company terpaksa tanggung medical bill tinggi.

9. Prospect tu kata, company ada bagi pampasan gratitude RM20,000 kat suami dia, tapi dah habis untuk buat leukemia treatment.

10.Prospect tu gitau, sebulan sekali kena buat blood treatment (rawatan darah) RM2,500 dan sebulan 2 kali kena buat therapy RM600/session. Total treatment cost sebulan ialah RM3,700. Setahun RM44,400.

11.Prospect tu tambah lagi, dia kata sekarang ni dia mampu untuk buat blood treatment je untuk suami dia sebab kalau buat therapy sekali terlampau mahal. Suami dah tak kerja, so prospect tu yang tanggung belanja family 100%. Anak 4 orang, semua masih bersekolah.

12.Sepanjang phone call tu, prospect menangis dan merayu supaya saya tolong beliau. Saya kata saya kena contact syarikat Takaful dulu untuk kepastian.

13.Saya call leader saya dan consult tentang kes saya ni.

14.Dia kata, dia ada experience tentang kes cancer. Ada prospect dia kena cancer stage 1, dah sembuh, verified by doctor's report, tapi still syarikat Takaful reject application prospect tu.

15. Syarikat Takaful suruh client tu tunggu 2 tahun dulu baru re-apply medical card. Medical report je dah RM400 kena bayar, last2 kena reject juga.

16.Kalau orang yang pernah kena cancer stage 1, dah sembuh dan disahkan doctor pun kena reject dan kena tunggu 2 tahun, orang yang cancer stage 3 pula macam mana?

17.Ada satu je jawapannya: Confirm kena REJECT on the spot. As simple as that. No backdoor exploitation.

18.Saya pun call prospect tadi dan gitau perkara sebenar. Saya minta dia bersabar. Tapi dari suara dia, seolah-olah dia dah putus harapan dgn masa depan family dia.

19.Moral of the story - walaupun you mampu untuk bayar RM4,000 setahun untuk Takaful, tapi kalau you dah sakit, either Takaful you approve tapi bersyarat tak cover penyakit sedia ada atau kena REJECT terus.

20.You taknak ambil personal Takaful/medical card sebab company dah provide unlimited coverage? It's up to you.

21.Electronic engineer yang dah kerja 14 tahun dan dah senior di company tersebut pun boleh diberhentikan sebab tak productive dan merugikan company.

22.You rasa diri you macam mana? Renung-renungkan la...

Kenapa perlu Takaful?


"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..."
Surah Al baqarah : Ayat 240

Demi Masa...
Sesungguhnya manusia didlm kerugian; melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Gunakan kesempatan yang masih diberi. Semoga kita tidak akan menyesal.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati

Tanyalah pada diri anda sendiri...
  • Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda "tiada"?
  • Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?
  • Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?

Kenapa anda perlu insurans hayat bersama kad perubatan?

  • Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-keperluan lain.
  • Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
  • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.
  • Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar 100% bil hospital anda.