Header

Header
Assalamualaikum dan Selamat Datang,

Laman web ini diwujudkan untuk membantu masyarakat bagi mendapatkan maklumat mengenai pelan Takaful yang terbaik di Malaysia dan peluang menambah pendapatan melalui Perniagaan Takaful.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

PELAN TAKAFUL


Pelan Takaful adalah pelan yang memberi perlindungan disamping pelaburan yang diluluskan Syariah.

Antara manfaat-manfaat yang disediakan ialah:
Pilihan Kad Perubatan untuk 100% coverage
Pilihan Kad Perubatan untuk coverage jangkamasa pendek atau panjang
Pilihan Kad Perubatan untuk Tiada Limit Tahunan & Tiada Limit Seumur Hidup
Pilihan untuk menaikkan Limit Tahunan (minimum Tambahan 1 Juta)
Limit tambahan untuk penyakit Kanser, Serangan Jantung & Kerosakan Buah Pinggang
Limit tambahan untuk Organ Transplant
Pampasan jika berlaku kematian keatas perserta atau lumpuh sepenuhnya.
Pampasan jika peserta menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal
Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan
Pampasan kematian kemalangan di mana pampasan 200% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan biasa, pampasan 300% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan di dalam kenderaan/bangunan awam dan pampasan 400% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan di luar negara
Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat jika menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya
Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat bagi polisi anak2 jika parent meninggal atau menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya
Elaun Rawatan untuk Chemotheraphy, Radiotheraphy, Kidney Dialysis & Heart-Attack Follow Up Care
Elaun Wad Hospital Kerajaan
Pelan Persaraan
Pelan Perlindungan Wanita
Pelan Khas Kanser (coverage dari peringkat awal)
Perlindungan Berganda dan Simpanan Umrah dan Haji
Mortgage Life (MLTT)
Replacement of Income
HIBAH Takaful
Pengecualian Cukai sehingga RM 10 ribu
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerjaya Sebagai Perancang Kewangan/Agen Takaful


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia". (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam hadith yang lain yang bermaksud: "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit". (Riwayat Ahmad)

Berdasarkan kepada 2 hadith diatas, dapatlah kita rumuskan bahawa kerjaya Perancang Kewangan ini adalah kerjaya yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. kerana kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini hendaklah sentiasa saling berkerja-sama, saling bertanggung-jawab dan saling lindung-melindungi diantara jiran tetangga dan ahli masyarakat yang berada didalam kesusahan dan kesempitan hidup.



MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH KERJAYA SEBAGAI PERANCANG KEWANGAN?
  • KELEBIHAN BERNIAGA SENDIRI
  • MUQMEEN GROUP (MG) ADALAH TOP BUMI AGENSI
  • PERKEMBANGAN KERJAYA DAN DIRI
  • SISTEM SOKONGAN YANG MANTAP
  • PELUANG PENDAPATAN TANPA BATASAN
  • GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN
  • TANGGUNGJAWAB DAN KOMITMEN

KELEBIHAN BERNIAGA SENDIRI



Mungkin anda biasa mendengar dan melihat apa yang digambarkan oleh gambar di atas. Tapi inilah hakikat kehidupan kebanyakan orang sekarang dan lebih2 lagi bagi mereka yang bekerja makan gaji.

Apabila anda memilih untuk menjadi Perancang Kewangan, anda sebenarnya menceburi satu bidang perniagaan. Anda bebas dari tekanan  majikan di mana anda sendiri menguruskan masa dan perniagaan anda. Masa kerja sebagai seorang Perancang Kewangan amat fleksibel.  Segala usaha yang anda lakukan adalah untuk anda dan bukan majikan anda. Ia adalah satu perniagaan untuk anda sendiri dan perniagaan ini adalah satu perniagaan yang boleh diwarisi.

Dari segi pasaran, produk Takaful ini boleh dijual kepada kesemua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama berumur dari dalam kandungan ke 70 tahun. Selain itu, produk yang kita ada adalah produk yang sangat komprehensif. Sebagai seorang agen anda hanya perlu bercerita kepada pelanggan tentang manfaat dan kelebihan produk yang ada.

Modal untuk memulakan perniagaan ini adalah sangat minima berbanding dengan perniagaan yg lain. Anda hanya perlu menyediakan sekitar RM 200 untuk anda menduduki peperiksaan bagi melayakkan anda mendapat lesen untuk menjual produk Takaful.  Selain produknya yang tak ada tarikh luput di mana produk-produk ini tidak akan rosak. Jadi risiko kerugian dalam perniagaan ini adalah sangat minima.

Perniagaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan sekaligus melahirkan kepuasan dalam diri anda. Satu perniagaan yang membolehkan anda mencapai apa sahaja impian dan cita-cita anda.


MUQMEEN GROUP (MG) ADALAH TOP BUMI AGENSI


MG Logo

Leadership Management Team (LMT) MG Klang

Menjalankan perniagaan sendiri adalah satu ibadah dan berada didalam syarikat takaful yang kuat akan menjamin kestabilan perniagaan anda. Konsep didalam perniagaan ini, syarikat takaful memerlukan agensi2 dibawahnya untuk melakukan jualan dan memberi perkhidmatan. Dan Muqmeen Group adalah merupakan Top Bumi Agency.  Sehingga hari ini, kami telah mempunyai 1,500+ orang perancang kewangan dan 60 orang pengurus.

Muqmeen Group atau ringkasannya (MG) merupakan satu gabungan beberapa units agency yang berdaftar di bawah syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad. Kumpulan ini (MG) telah ditubuhkan secara rasminya pada 4 Jun 2014. Asal penubuhan MG adalah bermula daripada cadangan Director di dalam Agency Al Isra' Associates Sdn Bhd, yang beroperasi di tingkat 7, Jaya 33, Petaling Jaya untuk memberi peluang kepada cawangan Al Isra' seluruh Malaysia mempunyai jenama (brand name) sendiri dan tidak lagi menggunakan jenama Al Isra' Associates.

 Jadi, setelah beberapa siri perbincangan dijalankan, beberapa unit yang terlibat telah bersetuju dan telah membuat kertas konsep mengenai business model yang akan dilaksanakan setelah penjenamaan semula (rebranding). Hasilnya, semua unit bersetuju menggunakan nama MUQMEEN GROUP sebagai satu nama baru kumpulan kami. Perkataan MUQMEEN dipilih hanya untuk tujuan komersial. Akan tetapi, asal penubuhan kumpulan ini adalah dengan berdasarkan surah Al Mukminun ayat 1 sehingga 11. Kalau dari segi bahasa perkataan MUQMEEN memang tiada kaitan dengan MUKMIN di dalam surah tersebut dan perkara ini telah pun dibincangkan sepanjang mesyuarat yang telah dibuat. Dan kami memilih perkataan MUQMEEN itu untuk tujuan komersial dan unik.

Muqmeen Group ditubuhkan bagi memenuhi beberapa objektif seperti berikut
  • Menyatukan hati-hati semua pihak termasuk perunding kewangan,pengurus-pengurus unit, kakitangan sokongan dan pelanggan dengan mempraktikkan ajaran islam di dalam urusan kerja seharian.
  • Mendidik semua pihak (pengurus, perunding kewangan,kakitangan,rakan niaga) tentang kepentingan perancangan kewangan islam di dalam mencapai matlamat hidup mereka.
  • Menyediakan suasana kerja yang sihat dan kondusif kepada semua pihak bagi membantu mereka berjaya di dalam kerjaya.
  • Melahirkan perunding-perunding kewangan dan pengurus bumiputera yang hebat dan luarbiasa bagi menghadapi cabaran di dalam dunia insurans dan takaful yang sangat kompetitif.
  • Menggabungkan kepakaran setiap perunding kewangan yang ada memandangkan setiap mereka datang dari latar belakang dan disipin yang berbeza.
  • Mengendali perunding-perunding kewangan dengan berlandaskan amalan yang sihat dan standard bagimembentuk suatu pasukan yang kuat dan bergerak dalam sinergi mencapai objektif mereka.
  • Mengumpul dana dari semangat berpasukan dan tidak berorentasikan keuntungan bagi menyokong perkembangan perniagaan.

PERKEMBANGAN KERJAYA DAN DIRI

Apabila anda memilih untuk menceburi diri dalam perniagaan ini, anda akan bermula sebagai Quality Agent. Anda perlu menamatkan latihan-latihan disamping tahap-tahap jualan yang perlu anda capai seperti apa yang telah ditetapkan. Anda tidak akan kekal sebagai agen melainkan anda mahu menjadi  agen selama-lamanya. Berikut adalah peluang perkembangan kerjaya yang ada untuk anda apabila anda menceburi bidang ini :


Setiap tahap ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Apabila anda mencapai tahap Agency Manager, anda layak untuk memiliki pejabat dan kakitangan sendiri. Segalanya akan diberikan percuma. Anda hanya perlu mencapai tahap-tahap yang telah ditetapkan. Berapa pantas yang anda inginkan untuk mencapai tahap-tahap ini, semuanya bergantung pada diri anda. Anda tentukan berapa pantas yang anda ingin naik.

Selain perkembagan dari segi kerjaya, anda juga akan mengalami perubahan diri di mana kemahiran yang akan anda pelajari sepanjang anda menceburkan diri dalam perniagaan ini secara tidak langsung akan mengubah diri anda sendiri. Rasailah perubahan kepada diri anda selepas anda menceburi bidang ini.

SISTEM SOKONGAN YANG MANTAP

Anda akan dibekalkan dengan latihan dan kemahiran yang secukupnya untuk bekalan anda dalam bidang perniagaan ini. Terdapat 5 fakulti untuk membantu anda untuk berjaya. Fakulti-fakulti tersebut adalah :
  • Sales & Financial Planning
  • Products & Technical
  • Personal Effectiveness
  • Agency Management
  • Leadership
Sokongan latihan ini akan memastikan kemajuan anda dari segi :
  • Sikap
  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Tabiat
Dengan latihan-latihan ini, secara tidak langsung anda akan berubah menjadi insan yang berkualiti. Latihan dan pengetahuan tentang produk juga akan diberikan oleh syarikat. Terdapat 5 jenis produk untuk anda niagakan, antaranya :
  • Life Insurance
  • Takaful
  • Investment Link
  • Unit Trust
  • General Insurance
Selain itu, ada juga menawarkan satu skim bernama Agency Financing Scheme (AFS). AFS bertujuan untuk membantu agen-agen baru yang ingin menceburi diri dalam bidang ini. Skim ini akan menyokong anda dari segi kewangan sehingga 15 bulan. Setiap agen baru yang  berminat untuk memohon skim ini haruslah mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Agen yang layak boleh memohon skim ini bermula dari RM 1,500 sehingga RM 5,000 sebulan.

Selain sokongan dari itu, kami di Muqmeen Group juga akan memberi sokongan dan latihan kepada agen-agen baru yang menyertai kami. Antaranya ialah :
  • Latihan dilapangan kerja
  • Latihan mengenai produk dan kemahiran
  • Pemerhatian dan perancangan prestasi perniagaan
  • Menjadi pelatih dan mentor anda
  • Menunjuk ajar sehingga anda mampu berdikari dan berjaya







PELUANG PENDAPATAN TANPA BATASAN

Setiap pekerjaan atau perniagaan yang anda ceburi, anda semestinya mahukan pulangan atau pendapatan yang terbaik. Walaupun wang tidak mampu untuk membeli segala-galanya, tetapi kehidupan pada hari ini adalah satu dunia di mana segala-galanya memerlukan wang. Wang tidak mampu menjamin kebahagiaan tetapi pada hari ini, untuk bahagia anda memerlukan wang. Justeru saya ingin berkongsi satu peluang di mana anda mampu hidup sebagai seorang individu yang bebas daripada masalah kewangan. Dengan hanya bermodalkan RM 300 anda mampu memulakan perniaggan insurans ini dan anda mampu bergelar jutawan pada satu hari nanti.  Di sini saya akan kongsikan peluang pendapatan yang terhidang kepada anda sebagai agen Takaful.



Cuba kita lihat gambarajah di atas ni. Gambarajah di atas ini adalah anggaran dengan kiraan seperti berikut:
Dalam sebulan ada 30 hari. Katakan lah anda bekerja 6 hari seminggu (sebab kerja sendiri, kenalah  kerja kuat tahun pertama buat perniagaan). Jangan samakan dengan kerja makan gaji. Kalau makan gaji boleh kerja kuat, takkan kerja untuk diri sendiri nak malas-malas.

Berbalik kepada kenyataan  tadi. 6 hari seminggu. Sebulan ada 4 minggu. Secara purata (agen yang bekerja secara biasa)seminggu dapat 3 kes (Nota : 1 kes = 1 client = 1 policy terjual). 1 kes premium RM 150 sebulan . Komisen untuk tahun pertama dan kedua 25%.
Secara ringkasnya :
  • 1 Bulan 4 minggu
  • 1 minggu 3 kes
  • 1 kes RM 150 sebulan
  • Komisen  25%
Jumlah kes sebulan adalah 4 minggu x 3 cases seminggu = 12 kes. (saya ambil contoh 10 kes sahaja sebab kadang-kala  kita tak dapat seperti yang kita jangkakan.
Komisyen  25% x RM 150 (premium sebulan) = RM 37.50 utk satu kes. Kalau 10 kes = RM 375.

Nota : RM 150 adalah angggaran minima untuk saiz kes. Biasanya kita disarankan untuk menyimpan 10% daripada pendapatan.  Simpanan ini biasanya akan di simpan dalam bank, FD, ASB dan sebagainya. Tetapi kita sebagai agen insurans takaful, kita akan menyarankan prospek kita untuk menyimpan di Takaful kerana manfaat dan potensi pulangan yang ada. Jadi cuba banyangkan berapa ramai insan di luar sana yang berpendapatan RM 1500 ke atas. Jika anda memperoleh pelanggan yang pendapatan bulanannya lebih tinggi, anda boleh mencadangkan premium yang lebih tinggi. Maka lebih tinggilah komisyen anda.

Jadi, komisen yang anda akan dapat :

Bulan ke-1 = Rm 375( 25% X RM 150 X 10 kes. Sila rujuk rajah di atas)
Bulan ke -2 *(Pelanggan  yang mengambil insurans akan membayar  premium setiap bulan utk tempoh yang lama. Seperti 20 tahun, 30 tahun dan sebagainya, jadi bayaran bulanan akan berjalan setiap bulan). Di tambah lagi dengan 10 kes  yang baru i.e biasa kita panggil New Business. Berapa kita punya pendapatan bulan ke-2? Polisi yang terjual sama seperti bulan pertama di mana sebulan 10 kes. Di sini, pendapatan  kita akan naik lagi sebanyak RM 375 , Maka jumlah pendapatan pada bulan ke 2 = RM 750. Bulan ke-3, kita ulang benda yang sama 10 kes (New Business) dan pendapatan akan naik lagi RM 375 menjadi RM 1125. Bulan-bulan seterusnya, pertambahan demi pertambahan setiap bulan. Lihat gambarajah di atas.

Dari segi komisyen, setiap polisi yang anda berjaya jual, anda akan medapat komisen seperti berikut selama 6 tahun :


Sebagai rumusan, jadual berikut adalah potensi pendapatan tahunan anda selama 6 tahun :


Macam mana nak dapat 216,000 tu?
(150 premium sebulan x 12 bulan = 1,800 untuk satu kes). Kalau 10 kes sebulan. Bersamaan 10 kes x 12 bulan = 120 cases setahun.
Total production : RM 1800 / kes  X  120 kes/tahun =RM  216,000 / tahun.
Potential bonus : 13% x 216,000 = RM 28,080.
Bonus akan diberikan 2 kali setahun, secara ringkasnya jumlah 28K tu dibahagikan kepada.Iaitu RM 14,040 akan dibayar pada 21/01 dan RM 14,040 lagi pada 21/07 setiap tahun. Jadi, bonus 6 bulan sekali. Bonus ini akan dibayar selama 3 tahun berturut-turut dengan syarat anda jaga persistency anda. Bayangkan jika anda mampu menjaga persistency anda dari tahun pertama hingga tahun ke 3, tahun ke 4, anda akan menikamati 3 tahun punya bonus iaitu 13% daripada RM 648,000 (RM 216,000 X 3 tahun). Kiralah sendiri berapa yang anda akan dapat.  Anda tak percaya? Sertailah kami dan anda akan mempercayainya. Ini saya hanya cerita potensi pendapatan  sebagai agen, belum sebagai Unit Manager, Agency Manager, Senior Agency Manager lagi.

GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN

Selain daripada pendapatan dan komisyen yang lumayan, anda juga akan menikmati pelbagai ganjaran menarik. Ganjaran-ganjaran ini  akan diberikan apabila anda berjaya mencapai CONTEST & CHALLENGE yang dikeluarkan. Antara ganjaran yang paling menarik yang ditawarkan adalah pakej lawatan percuma ke luar negara. Setiap tahun menawarkan pelbagai pakej percutian bertaraf 5 bintang dan pakej umrah kepada agen-agennya. Antara pakej percutian yang telah dinikmati agen yang cemerlang sebelum ini ialah percutian ke Gold Coast (Australia), Hayman Island, Rome, Hong Kong, Guiling, Beijing, Egypt, Shen Zen, Dubai, Guangzhou, USA, Munich & Praque, Bali, Star Cruise, Barcelona & Valenciavetc dan pada tahun ini ditawarkan pakej percutian ke Hong Kong, Los Angeles sebagai destinasi untuk dinikmati mereka yang cemerlang . Bayangkan diri anda pergi bercuti ke luar negara setiap tahun dengan pakej 5 bintang dan ianya adalah PERCUMA, pastinya pengalaman yang menarik bukan!












Selain pakej percutian percuma, juga ditawarkan pelbagai hadiah menarik seperti Macbook Air, iPad Air, iPad, iPad Mini, iPhone 5c/6, Laptop, Gold bar, Samsung Galaxy Note, Samsung S3/S5, Garmin GPS, Cash, Jam tangan dan banyak lagi menerusi Challenge yang diadakan. Anda juga akan diberikan pengiktirafan daripada antarabangsa seperti MDRT, COT, TOT jika anda cemerlang.




TANGGUNG  JAWAB DAN KOMITMEN

Sebagai seorang perncang kewangan di Muqmeen Group, kami memerlukan anda yang komited dan yang ingin mengubah diri anda pada hari ini dan apabila anda inigin menyertai kami, anda seharusnya bersedia untuk :
  • Mengikuti peraturan dan sistem yang ditetapkan Muqmeen Group
  • Mencapai matlamat jualan yang telah ditetapkan
  • Melibatkan diri dalam program dan latihan yang akan diadakan.
  • Memberi komitmen sepenuhnya dalam mesyuarat mingguan dan bulanan agensi
  • Melaporkan aktiviti dan perkembangan jualan kepada ketua anda
  • Mengikuti proses-proses jualan yang ditetapkan
Jika anda memiliki keyakinan, motivasi yang tinggi, disiplin diri, bercita-cita untuk mengubah hidup anda, boleh ditunjuk ajar dan ingin menjadi seorang yang financial freedom. Sertailah kami untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman untuk mengubah nasib anda. Saya di sini hanya berkongsi dan membantu anda, kerana : HANYA ANDA YANG MAMPU MENGUBAH DIRI ANDA!

Jika Anda berminat, sila hubungi saya seperti tertera di bawah :
Mohd Faidzal Ismail
019-2690029
faidzal@gmail.com
http://ask4job.wasap.my/
http://ask4job.wasap.my/
http://ask4job.wasap.my/

FOR THING TO CHANGE, I MUST CHANGE FIRST….

PILIHAN DITANGAN ANDA!

"Dan tiap-tiap orang memperoleh hasil (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan." (Al-An' aam : 132 )

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" (Ar-Ra'd:11)