Header

Header
Assalamualaikum dan Selamat Datang,

Laman web ini diwujudkan untuk membantu masyarakat bagi mendapatkan maklumat mengenai pelan Takaful yang terbaik di Malaysia dan peluang menambah pendapatan melalui Perniagaan Takaful.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

PELAN TAKAFUL


Pelan Takaful adalah pelan yang memberi perlindungan disamping pelaburan yang diluluskan Syariah.

Antara manfaat-manfaat yang disediakan ialah:
Pilihan Kad Perubatan untuk 100% coverage
Pilihan Kad Perubatan untuk coverage jangkamasa pendek atau panjang
Pilihan Kad Perubatan untuk Tiada Limit Tahunan & Tiada Limit Seumur Hidup
Pilihan untuk menaikkan Limit Tahunan (minimum Tambahan 1 Juta)
Limit tambahan untuk penyakit Kanser, Serangan Jantung & Kerosakan Buah Pinggang
Limit tambahan untuk Organ Transplant
Pampasan jika berlaku kematian keatas perserta atau lumpuh sepenuhnya.
Pampasan jika peserta menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal
Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan
Pampasan kematian kemalangan di mana pampasan 200% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan biasa, pampasan 300% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan di dalam kenderaan/bangunan awam dan pampasan 400% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan di luar negara
Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat jika menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya
Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat bagi polisi anak2 jika parent meninggal atau menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya
Elaun Rawatan untuk Chemotheraphy, Radiotheraphy, Kidney Dialysis & Heart-Attack Follow Up Care
Elaun Wad Hospital Kerajaan
Pelan Persaraan
Pelan Perlindungan Wanita
Pelan Khas Kanser (coverage dari peringkat awal)
Perlindungan Berganda dan Simpanan Umrah dan Haji
Mortgage Life (MLTT)
Replacement of Income
HIBAH Takaful
Pengecualian Cukai sehingga RM 10 ribu
-------------------------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Dengan perpaduan kita berdiri,
Dengan ikatan kita bersatu hati,
Hari ini kita bekerjasama,
Untuk Malaysia selamanya.

Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
dari kami, #muqmeengroup kepada seluruh rakyat Malaysia.

#prudential #prubsntakaful #malaysia #malaysiaku #malaysiaboleh #sayangimalaysiaku

INGAT TAK SOALAN MASA NAK TACKLE WIFE DULU

Pasangan kita akan tanya 10 sebab “kenapa awak sayang saya?”
Mesti abang-abang kat luar sana berjaya menjawab dengan macho nya kan?
Ok kali ni, cuba abang balik rumah, beritahu terus wife, sambil tunjuk poster ni sambil cakap
“sayang, ini 10 sebab kenapa keluarga kita kena ambil takaful”
InshaAllah, malam ini abang akan jadi “raja” jika si isteri tersenyum manis. 
Selamat mencuba bro!!!
Klu isteri dah senyum, jangan lupa hello-hello saya. Kita bincang macam mana nak buat πŸ˜Ž

“DALAM TANGISAN YANG SAYU ADA SENYUMAN YANG TERUKIR”

Credit kepada sahabat saya Yie Fathullah atas amanah yang telah dilaksanakan.
Tenanglah clientku  πŸ˜”
.
Masih terngiang2 kata2 arwah client saya 2 tahun lepas masa saya jumpa beliau untuk saya share berkenaan “#HIBAH #TAKAFUL” , sejurus beliau setuju untuk proceed plan Hibah , saya terus tanya beliau wan kenapa kau ambik hibah dengan aku ?
.
“Yie , aku percaya cara kau kerja since kita pernah kerja sama2 dulu then aku ambik HIBAH ni aku tak fikir lain , aku fikir bila aku dah takda nanti aku nak Ma Abah aku dapat pergi mekah dengan duit HIBAH ni”
.
Allahu, wan sungguh mulia niat kau sahabat. Saya tak sangka selepas 2 tahun beliau mencarum Hibah #Warisan total caruman baru sahaja RM3,600 dengan bulanan RM150 ,pada 25/12/2018 saya menerima berita yang beliau berada di hospital dan pada 27/12/2018 beliau menemui Ilahi . Sedih tak terkata bila client merangkap kawan sendiri menghadap ilahi.
.
Punca kematian arwah disebabkan oleh bleeding uknown source. Amanah arwah nak sangat Ma Abah beliau ke Mekah menyebabkan saya uruskan claim hibah beliau sebaik mungkin.
.
Syukur dengan izin Allah alhamdulillah pada 15/8/2019 #claim HIBAH diluluskan oleh #prubsntakaful berjumlah RM363,713.36 . Berkesempatan Hari ini saya serahkan  #cheque kepada penama Hibah iaitu Ma dan Abah arwah.
.
Subhanallah Allahuakhbar, rasa kepuasan dapat membantu tiada nikmat yang paling besar sebagai perunding takaful apabila dapat ucapan TERIMA KASIH serta tangisan gembira dari ma abah serta keluarga arwah πŸ˜­
.
“Bila matinya anak adam terputus segalanya kecuali 3 perkara iatu doa anak soleh , ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah”
.
Sesungguhnya Arwah client saya seorang anak yang baik . Sedekah jariah pada ma abah & keluarga beliau bukan sahaja hanya semasa beliau hidup bahkan ketika beliau tiada sedekah/harta beliau tetap diteruskan melalui HIBAH TAKAFUL.
.
BERHIBAHLAH UNTUK MEREKA YANG TERSAYANG.
.
Al-Fatihah.

STATISTIK

Statistik Kemalangan sering menghantui kita.
Risiko & musibah ada di mana-mana sama ada ke tempat kerja atau pun di mana jua kita berada.
Kemalangan juga tidak mengira usia, agama mahu pun bangsa. Kita semua sama. 1 Malaysia. 
Jadi, apakah persediaan kita?
Biarlah nilai diri kita lebih tinggi dari nilai sebuah kereta.
"Selangkah kita keluar dari rumah, 1001 musibah menanti kita. Cuma kita tidak akan sedar akan kedatangannya."
1 HARI SAHAJA LAGI UNTUK PROMOSI MERDEKA πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡²πŸ‡Ύ

MUHASABAH SEBELUM MUSIBAH

Setuju tak jika saya cakap yang MUSIBAH ada di mana-mana ? 
Sekiranya kita ditimpa musibah, apakah PERSEDIAAN yang kita dah buat ? 
Jadi... Apakah persediaan anda ? 
Jika anda tidak pasti apakah jawapannya, pastikan anda menghubungi saya untuk kita bincang satu plan kewangan yang boleh bantu selamatkan duit anda sekiranya anda di timpa musibah.. 
HANYA TINGGAL 2 HARI SAHAJA LAGI UNTUK KEMPEN MERDEKA

....”KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH KEKAL SEPANJANG MASA”...

Ayah memang tidak mengandungmu,
Ayah memang tidak menyusuimu,
Ayah memang tidak menyanyikanmu,
Ayahmu tidak pernah kau lihat menangis,

TETAPI AYAH MENYAYANGI DIRIMU lebih dari menyayangi dirinya SENDIRI kerana nilaimu seorang anak pada diri AYAH mu tiada nilainya..

Sayangi dan hormati ayahmu.. memang syurga ada di telapak kaki ibumu, tapi tidak ada syurga untukmu tanpa keredhaannya...

Memang kau diminta mendahulukan ibumu, tapi ayahmu adalah jiwa raga ibumu...

Sesungguhnya tidak terbalas jasa AYAH mu. 

Hadiahkan Hibah Tunai Warisan untuk AYAH mu.. 

Kini sebagai anak yang bakal menjadi ‘Ayah’ atau ketua keluarga, hibahkanlah Plan Hibah Warisan untuk keluarga mu sebagai aset tunai demi masa depan mereka.

http://ask4hibah.wasap.my/
http://ask4hibah.wasap.my/
http://ask4hibah.wasap.my/

TINGGAL 3 HARI LAGI UNTUK PROMOSI MERDEKA.

#mg10dayswarisancampaign
#muqmeengroup
#PruBsnWarisanPlus

KANDAS!

Tinggalkan sesuatu untuk keluarga mu agar mereka tidak terkandas dalam meneruskan kehidupan.
Aset hibah adalah salah satu cara sebagai persediaan untuk mereka.
Ambil peduli & ambil tahu. Ilmu hibah banyak manfaatnya.
Boleh kita bincang untuk 20 minit?
Boleh kita jumpa sekarang?
TINGGAL 4 HARI LAGI UNTUK PROMOSI MERDEKA.

MAAF SAYANG, AYAH/IBU TERLUPA!

Pernahkah kita terlihat waktu rehat di sekolah ada kumpulan murid tidak ke kantin tapi hanya sekadar bermain-main. Kenapa ya?
Antara sebabnya adalah tak cukup duit belanja sebab ayah telah tiada.
Pernahkah Kita TERLUPA bekalkan anak wang ke sekolah? Apa rasa?
Inikan pula tiada wang sepanjang hayat!
Anak hendak bermain basikal kita lengkapi mereka dengan perlindungan topi keselamatan, pelindung lutut dan siku. ‘Care’ dan sayangnya kita pada mereka.
Anak dan pasangan kita tiada pilihan, tetapi Kita yang mempunyai pilihan.
Keputusan kita menyediakan Dana Tunai dari Plan Warisan untuk pendidikan dan survival keluarga amat penting bila kita tiada.
Cuba renungkan wajah anak dan pasangan kita.

BERSARA

HIBAH adalah juga satu instrumen untuk persaraan kita. Ia akan berlaku sekiranya perlindungan hibah kita telah melepasi had tempoh yang ditetapkan ( e.g : 70, 80 @ 100 tahun )
Ia boleh dijadikan DANA EPF kita yang KEDUA πŸ’ͺ🏽πŸ’ͺ🏽

SAHAM PALING MENGUNTUNGKAN

Pernah dengar saham yang paling menguntungkan, dan itulah saham akhirat. 
Apa tu?? 
Saham akhirat ialah saham berbentuk pahala tak putus-putus kita terima walaupun kita sudah tiada di dunia lagi. 
Dengan saham ni juga dapat membantu ahli keluarga serta seluruh masyarakat Islam.
Saham ini di panggil WAKAF.
Bayangkan bangunan yg ada saham wakaf kita ni digunakan oleh anak-anak, keluarga & masyarakat. Berganda-ganda pahala & kebaikan kita dapat.
Persoalannya, berapa banyak yang kita boleh wakafkan?
Berjuta-juta ringgit pun boleh. 
Gaji kecil?
Jangan risau. Ada caranya. Melalui dana takaful. Bagaimana? Pm/call saya sekarang untuk saya bantu anda cipta saham akhirat sehingga RM1juta.

PEMERGIANMU DITANGISI

😭😭😭😭
Jika sebelum ini, dengan wang gaji dari suami digunakan untuk menyara isteri & anak-anak, kini setelah kematian suami, ianya masih tetap dapat diteruskan melalui ‘gantian gaji’ dari hibah takaful tersebut.
 Bayangkan jika suami tiada apa-apa perancangan untuk isteri & anak-anak?
 Bagaimana nasib mereka jika suami tiba-tiba ‘dijemput’ awal?
 Dengan hutang yang belum sempat dijelaskan, isteri yang tidak bekerja & anak-anak yang masih bersekolah?
Bila suami ‘pergi’, pendapatan dari suami turut ‘pergi’. Apa yang tetap tinggal ialah tanggungan-tanggungan.
Wahai suami,
 Fikirkanlah sesuatu untuk insan-insan yang kamu sayang.
 Fikirkanlah nasib mereka kelak.
 Permudahkanlah insan tersayang kamu dengan persediaan dari sekarang.
“Mungkin bukan untuk anda, tapi dari ANDA untuk mereka yang anda SAYANG”
Saya sedia bantu anda sekiranya anda masih tidak atau kurang faham mengenai keperluan hibah takaful & bagaimana cara ianya berfungsi.

HUTANG

Untuk renungan bersama. 
Setiap yang hidup pasti akan merasai sakitnya MATI.
ANDAIKATA semalam kita meninggal, apa yang akan kita tinggalkan untuk insan yang kita sayang. HARTA / HUTANG? 
Jika HARTA siapakah yang akan mewarisinya? Jika HUTANG siapakah yang akan menyelesaikanya. 
PERINGATAN!!!!!! HUTANG WAJIB di bayar walaupun tak di tuntut.
Bagaimana keadaan kita di akhirat kekal jika HARTA/ HUTANG kita tidak diuruskan dengan betul semasa hidup.?

UTUSAN BUAT KETUA KELUARGA

Asingkanlah 10% dari pendapatan anda untuk pelan Hibah Takaful buat isteri dan anak-anak anda..
Kenapa perlu sediakan Hibah Takaful??

Untuk memastikan kelangsungan hidup isteri dan anak-anak kita selepas ketiadaan kita nanti.
Anda rasa tidak perlu Hibah Takaful??
Cuba kita senaraikan 3 nama yang kita yakin bahawa mereka ini dapat menanggung isteri dan anak-anak kita seperti mana kita menanggung isteri dan anak-anak kita andai diri kita tiada semalam.
1.______________________
2.______________________
3.______________________
.
.
.
.
.
Sekiranya kita tidak yakin bahawa 3 nama ini tidak dapat menanggung isteri dan anak-anak kita sepertimana kita menanggung mereka semasa hidup, buatlah Hibah Takaful untuk keluarga terSAYANG. 
Kita mampu sediakan kehidupan yg terbaik utk keluarga kita semasa kita hidup, kenapa bila kita sudah TIADA kita tidak sediakan yg TERBAIK utk mereka..

QURBAN ATAU TERKORBAN

QURBAN amalan mulia.
Jangan menambah peningkatan angka KORBAN di jalan raya.

Adakah berbaloi mengetepikan beberapa ringgit sehari untuk melindungi gaya hidup anda?
Jika semalam anda terlibat dengan kemalangan yang serius, adakah hari ini anda mampu melakukan sebarang kerja?
Jika anda diberhentikan oleh majikan disebabkan hilang upaya kekal atau penyakit kritikal, adakah pendapatan anda juga akan terhenti?
Fikirkan.

HUTANG JANGKA PENDEK

Hutang wajib bayar dan diurus pembayaran sesudah meninggal. Pahala amal kita akan tergantung selagi Kita tidak membayar hutang.( hadith Imam Muslim) 
Semasa mula bekerja , hutang kita tidak banyak.
Tetapi semasa usia makin meningkat, maka hutang kita semakin meningkat.
Ada hutang jangka panjang seperti Rumah dan hutang jangka pendek. 

Ramainya yang terlepas pandang yang hutang jangka pendek kita tidak dilindungi. Hutang seperti hutang pinjaman peribadi, kenderaan, pinjaman pendidikan, credit card dll. 
Jadi, kami di PruBsn Takaful melalui plan hibah tunai Warisan , bukan setakat memberikan hibah tunai tanpa faraid untuk keluarga meneruskan kehidupan, tetapi menyediakan hibah tunai yang mampu melangsaikan semua hutang jangka pendek kita. 
Dengan serendah tambahan RM10-RM30 sebulan ( level term coverage) kini anda boleh mendapat perlindungan RM200,000-RM300,000 untuk melangsaikan hutang anda. 
Orang yang mencipta hutang wajib membayar hutang. 
Jadi sediakanlah Tabungan Hibah Tunai plan Warisan untuk waris kita membayar hutang kita.