Header

Header
Assalamualaikum dan Selamat Datang,

Laman web ini diwujudkan untuk membantu masyarakat bagi mendapatkan maklumat mengenai pelan Takaful yang terbaik di Malaysia dan peluang menambah pendapatan melalui Perniagaan/Kerjaya Takaful.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

PELAN TAKAFUL


Pelan Takaful adalah pelan yang memberi perlindungan disamping pelaburan yang diluluskan Syariah.

Antara manfaat-manfaat yang disediakan ialah:
Pilihan Kad Perubatan untuk 100% coverage
Pilihan Kad Perubatan untuk coverage jangkamasa pendek atau panjang
Pilihan Kad Perubatan untuk Tiada Limit Tahunan & Tiada Limit Seumur Hidup
Pilihan untuk menaikkan Limit Tahunan (minimum Tambahan 1 Juta)
Limit tambahan untuk penyakit Kanser, Serangan Jantung & Kerosakan Buah Pinggang
Limit tambahan untuk Organ Transplant
Pampasan jika berlaku kematian keatas perserta atau lumpuh sepenuhnya.
Pampasan jika peserta menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal
Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan
Pampasan kematian kemalangan di mana pampasan 200% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan biasa, pampasan 300% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan di dalam kenderaan/bangunan awam dan pampasan 400% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan di luar negara
Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat jika menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya
Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat bagi polisi anak2 jika parent meninggal atau menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya
Elaun Rawatan untuk Chemotheraphy, Radiotheraphy, Kidney Dialysis & Heart-Attack Follow Up Care
Elaun Wad Hospital Kerajaan
Pelan Perlaburan & Persaraan
Pelan Khas Perlindungan Wanita
Pelan Khas Kanser (coverage dari peringkat awal)
Perlindungan Berganda dan Simpanan Umrah dan Haji
Mortgage Life (MLTT)
Replacement of Income
HIBAH Takaful
Pengecualian Cukai sehingga RM 10 ribu
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Merancang PERSARAAN dalam usia muda..

Bagi mereka yang baru mula bekerja, tumpuan lebih terarah kepada kehidupan yang seronok dan bahagia, iaitu memiliki rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya.  Tidak mungkin pada masa ini, mereka pula dikehendaki untuk memikirkan tentang persaraan. Sekarang adalah masa untuk enjoy.

Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah silap. Jika melihat kepada data sedia ada tentang persediaan untuk menghadapi persaraan, ia amat tidak menggalakkan. Dalam kajian yang dikendalikan oleh Citibank mendapati:

  • 60% pengguna tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka
  • Hanya 22% mempunyai satu pelan persaraan

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh FOMCA pula, bila ditanya, “Adakah anda rasa bahawa simpanan anda mencukupi untuk untuk kegunaan semasa persaraan?”, sebanyak 64% yang menjawab, “Tidak!”.

Ramai pengguna hanya mengharapkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kos hidup mereka selepas bersara.  Berdasarkan  laporan di Berita Harian, “Kira-kira 72% pencarum menghabiskan semua simpanan mereka dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pengeluaran selepas bersara.


Persaraan adalah masa apabila anda tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji, sebaliknya anda akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka setiap pengguna harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan mereka apabila bersara.

Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, pengguna harus mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa seseorang bekerja untuk 30 hingga 35 tahun, seseorang mesti memilih satu-satu pelan persaraan dan harus berkomited untuk mematuhi pelan tersebut sehingga bersara.

Anda dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur sehingga bersara untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang cukup semasa bersara. Dengan mula menyimpan semasa usia masih muda, anda akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.

Untuk merancang persaraan anda dengan jayanya, anda harus menetapkan matlamat persaraan anda. Tabungan persaraan anda adalah jumlah simpanan dan pelaburan yang anda kehendaki untuk menjamin gaya hidup persaraan yang anda ingin nikmati.

Dalam perancangan untuk persaraan, anda juga harus sedar akan beberapa ancaman Inflasi.

  • Jika pada 10 tahun lepas, harga roti canai adalah 40 sen dan sekarang harga adalah RM 1.00, maka dalam 10 tahun atau 20 tahun hadapan anda boleh jangka harga semua barangan akan jauh lebih mahal daripada sekarang. 
  • Inflasi 15% setiap tahun bagi perbelanjaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. Semakin tua semakin banyak penyakit akan dihadapi dan masalah kesihatan ini boleh menghabiskan kewangan kita.

Oleh itu kita perlu merancang dan bersedia untuk menghadapi persaraan mulai daripada sekarang. Dapatkan PELAN PERSARAAN TAKAFUL untuk diri anda dan keluarga dengan menghubungi saya Faidzal @ 0192690029.