Header

Header
Assalamualaikum dan Selamat Datang,

Laman web ini diwujudkan untuk membantu masyarakat bagi mendapatkan maklumat mengenai pelan Takaful yang terbaik di Malaysia dan peluang menambah pendapatan melalui Perniagaan/Kerjaya Takaful.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

PELAN TAKAFUL


Pelan Takaful adalah pelan yang memberi perlindungan disamping pelaburan yang diluluskan Syariah.

Antara manfaat-manfaat yang disediakan ialah:
Pilihan Kad Perubatan untuk 100% coverage
Pilihan Kad Perubatan untuk coverage jangkamasa pendek atau panjang
Pilihan Kad Perubatan untuk Tiada Limit Tahunan & Tiada Limit Seumur Hidup
Pilihan untuk menaikkan Limit Tahunan (minimum Tambahan 1 Juta)
Limit tambahan untuk penyakit Kanser, Serangan Jantung & Kerosakan Buah Pinggang
Limit tambahan untuk Organ Transplant
Pampasan jika berlaku kematian keatas perserta atau lumpuh sepenuhnya.
Pampasan jika peserta menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal
Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan
Pampasan kematian kemalangan di mana pampasan 200% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan biasa, pampasan 300% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan di dalam kenderaan/bangunan awam dan pampasan 400% akan diberikan jika berlaku kematian kemalangan di luar negara
Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat jika menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya
Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat bagi polisi anak2 jika parent meninggal atau menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya
Elaun Rawatan untuk Chemotheraphy, Radiotheraphy, Kidney Dialysis & Heart-Attack Follow Up Care
Elaun Wad Hospital Kerajaan
Pelan Perlaburan & Persaraan
Pelan Khas Perlindungan Wanita
Pelan Khas Kanser (coverage dari peringkat awal)
Perlindungan Berganda dan Simpanan Umrah dan Haji
Mortgage Life (MLTT)
Replacement of Income
HIBAH Takaful
Pengecualian Cukai sehingga RM 10 ribu
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Marhaban Ya Ramadan!

Marhaban Ya Ramadan!

Lets set our goals right, so that we can achieve the most out of this Ramadan.

1. Reconnect with Allah. Be His true servant.
2. Reconnect with Al Quran. Recite and understand the Quran. Hear & obey its message.
3. Reconnect with family, particularly parents, siblings.

Salam Ramadan buat semua & May Allah grant us Taqwa. Ameen

Ramadhan Box (RB)

Marhaban Ya Ramadhan...

Bulan penuh keberkatan akan tiba tidak lama lagi. Sempena dengan Ramadhan kali ini, kami MCC MG Klang dgn rasa rendah diri akan meneruskan lagi tradisi RAMADHAN BOX (RB) buat kali ke-2. Satu inisiatif utk menyediakan bekalan makanan untuk keluarga2 miskin yg memerlukan dlm persediaan menghadapi bulan Ramadhan. Sila hubungi sy Faidzal @ 0192690029 utk mendapatkan kupon derma RB sementara masih berpeluang.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang puasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa tanpa mengurangi pahala orang yang puasa itu sedikit pun.” (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Ibnu Majah dan Tirmidzi. Adapun lafazh hadits menurut riwayat Imam Tirmidzi)




Build Your Business

From Zero to Hero!

Meninggalkan perkerjaan lama dan menceburi biz Takaful dan seterusnya akan menjadi Unit Manager pada usia yg MUDA! WHY he choose this biz and HOW he do it? Lets come & listen to his special sharing.

Please reserve your FREE seat ASAP and Call/WA/PM me Faidzal @0192690029 now! TQ


New Medical Plan in the House - HealthEnrich+




HIBAH Takaful




PruBSN's Latest Panel Hospital

Dear all PruBSN Customers,

We are pleased to welcome on board Columbia Asia Hospital - Setapak as PruBSN's latest panel hospital effective 1 May 2016. TQ



Grand Business Opportunity Presentation

Salam Sahabat,

Bila yer kali terakhir anda update CV/Resume? Kenapa yer?

Kebiasaannya adalah disebabkan oleh antara faktor2 dibawah bukan?
1. DUIT (perlukan lebih income untuk selari dengan keperluan sendiri & keluarga dan juga dengan keadaan ekonomi yang mencabar sekarang)
2. MASA (duit mungkin ada tapi memerlukan masa yang lebih fleksibel) 
3. KEDUDUKAN (perlukan pangkat yang tinggi untuk income yang tinggi ataupun kuasa)
4. KEPUASAN (tiada kepuasan dengan kerja yang ada sekarang, mungkin kurang mencabar atau mungkin rasa tercabar atau mungkin income x setimpal dengan apa yg dilakukan)


Saya pun dulu selalu juga update cv/resume, tapi semenjak tahun 2008 Alhamdulillah tidak lagi.smile emoticon Alhamdulillah diketemukan dengan biz takaful ni dan dimurahkan rezeki oleh Allah sehingga ke hari ini. So, anda bagaimana? Berikan sedikit peluang kepada diri anda untuk hadir ke GBOP kami untuk sama2 saya sampaikan pengalaman saya dan tunjukkan jalan. TIDAK PERLU UPDATE DAN BAWAK CV/RESUME, hanya perlu PM,WA,CALL saya Faidzal @0192690029 for FREE seat reservation. TQ


Sediakan payung sebelum hujan...

Telefon saya di 0193310039 untuk temujanji atau maklumat lanjut. 

Bersediakan anda sekiranya esok ajal anda? (Sebagai seorang suami)


SURAH AL-BAQARAH, ayat 240


Terjemahan:
“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Cuba kita renungkan maksud terjemahan ayat al-Quran di atas, Allah S.W.T menyuruh para suami menyediakan sejumlah dana sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan selama setahun jika semasa ketiadaan kita. 

Persoalannya sekarang, berapakah jumlah WASIAT atau dana didalam RM yang perlu disediakan atau ditinggalkan? Bagaimana nak mengiranya pulak? So, kita lihat contoh tanggungjawab suami seperti gambar dibawah :


Sudah jelas bukan? Memang berat tanggungjawab seorang insan yang bergelar suami. Bayangkan jika kita sudah tiada, bagaimanakah isteri dan anak2 kita hendak meneruskan kehidupan mereka? Apakah persediaan kita sebagai suami? Apa WASIAT kita? Cukupkah wang simpanan kita yang kita ada sekarang? Jika tidak cukup, apa ikhtiar kita sekarang?

Ramai diantara kita bukan dilahirkan memang dah kaya dan mempunyai harta atau wang yang banyak. Untuk mempunyai wang simpanan yang banyak seminimum perbelanjaan selama setahun memang agak sukar dilakukan, tambahan pula dengan kos sara hidup yang tinggi dan inflasi disebabkan harga petrol dan barangan yang sentiasa naik saban tahun. Memang kita ingin menyediakan WASIAT untuk keluarga kita, tapi apakah WASIAT kita?

Akan tetapi setiap masalah itu insyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Mulakan menyimpan didalam pelan perlindungan takaful serendah RM 3.33 sehari untuk perlindungan keluarga kita sekiranya berlaku musibah kepada kita. Sesungguhnya simpanan kita ini adalah WASIAT kita buat keluarga tercinta. Hubungi saya @ Murni 0193310039 untuk keterangan lebih lanjut serta temujanji.


MRTA vs Mortgage Life (MLTA)






Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Mortgage Life (MLTA), sila hubungi saya @ 0192690029

Merancang PERSARAAN dalam usia muda..

Bagi mereka yang baru mula bekerja, tumpuan lebih terarah kepada kehidupan yang seronok dan bahagia, iaitu memiliki rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya.  Tidak mungkin pada masa ini, mereka pula dikehendaki untuk memikirkan tentang persaraan. Sekarang adalah masa untuk enjoy.

Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah silap. Jika melihat kepada data sedia ada tentang persediaan untuk menghadapi persaraan, ia amat tidak menggalakkan. Dalam kajian yang dikendalikan oleh Citibank mendapati:

  • 60% pengguna tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka
  • Hanya 22% mempunyai satu pelan persaraan

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh FOMCA pula, bila ditanya, “Adakah anda rasa bahawa simpanan anda mencukupi untuk untuk kegunaan semasa persaraan?”, sebanyak 64% yang menjawab, “Tidak!”.

Ramai pengguna hanya mengharapkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kos hidup mereka selepas bersara.  Berdasarkan  laporan di Berita Harian, “Kira-kira 72% pencarum menghabiskan semua simpanan mereka dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pengeluaran selepas bersara.


Persaraan adalah masa apabila anda tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji, sebaliknya anda akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka setiap pengguna harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan mereka apabila bersara.

Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, pengguna harus mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa seseorang bekerja untuk 30 hingga 35 tahun, seseorang mesti memilih satu-satu pelan persaraan dan harus berkomited untuk mematuhi pelan tersebut sehingga bersara.

Anda dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur sehingga bersara untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang cukup semasa bersara. Dengan mula menyimpan semasa usia masih muda, anda akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.

Untuk merancang persaraan anda dengan jayanya, anda harus menetapkan matlamat persaraan anda. Tabungan persaraan anda adalah jumlah simpanan dan pelaburan yang anda kehendaki untuk menjamin gaya hidup persaraan yang anda ingin nikmati.

Dalam perancangan untuk persaraan, anda juga harus sedar akan beberapa ancaman Inflasi.

  • Jika pada 10 tahun lepas, harga roti canai adalah 40 sen dan sekarang harga adalah RM 1.00, maka dalam 10 tahun atau 20 tahun hadapan anda boleh jangka harga semua barangan akan jauh lebih mahal daripada sekarang. 
  • Inflasi 15% setiap tahun bagi perbelanjaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. Semakin tua semakin banyak penyakit akan dihadapi dan masalah kesihatan ini boleh menghabiskan kewangan kita.

Oleh itu kita perlu merancang dan bersedia untuk menghadapi persaraan mulai daripada sekarang. Dapatkan PELAN PERSARAAN TAKAFUL untuk diri anda dan keluarga dengan menghubungi saya Faidzal @ 0192690029.

Guna duit EPF/KWSP untuk rawatan?


Ini adalah dilema untuk kakitangan swasta pulak. Bekerja selama beberapa puluh tahun dan membuat potongan EPF/KWSP setiap bulan dengan harapan simpanan tersebut boleh digunakan untuk kesenangan bila bersara nanti.

Tapi ini lah hakikatnya, bila berlaku penyakit kritikal dan untuk membayar kos perubatan, terpaksalah bawak keluar duit EPF ni, tak sempat pun nak tunggu bersara. Ada pun yang sempat bersara, ditakdirkan kena penyakit kritikal, terpaksa lah guna duit EPF tu untuk membayar kos2 perubatan. Selepas dah pulih dan duit EPF tersebut dah habis digunakan, kenalah bekerja balik dalam usia yang tua itu.

Maka bermulalah dari sekarang untuk menabung diTakaful dan dapatkan kad perubatan untuk diri anda dan keluarga.

Rawatan PERCUMA untuk kakitangan kerajaan?


Inilah dilema kakitangan kerajaan...bila ditanya perlukah Tuan/Puan ada kad perubatan takaful? kebiasaannya akan menjawab 'tak perlu, kami kakitangan kerajaan dapat rawatan percuma kat hospital kerajaan'

Tapi inilah hakikatnya.....setakat mana yang kerajaan boleh tanggung dan apa yang kerajaan tanggung? Tak semuanya PERCUMA! Bil2 rawatan yang besar dan berpanjangan, masuk besi/plate dalam kaki, etc....ada yang kena ditanggung sendiri. Salah satu penyelesaiannya adalah potongan gaji dan satu lagi tahu2 bila pencen nanti kena potong duit pencen.

Yang pasti, kelebihan adalah bagi mereka yang berpangkat tinggi sebab coverage maybe tinggi dan tak perlu beratur atau menunggu untuk mendapatkan rawatan, tetapi ANDA bagaimana? Maka bermulalah dari sekarang untuk menabung diTakaful untuk kesenangan anda dihari mendatang.

Pendapatan Agen...


Ye ke?? Betul ke? Macam mana? Nak tahu??  Hubungi saya @ 0192690029 ataupun klik sini untuk maklumat lanjut

REALITI kehidupan...


Adakah ini REALITI? Mampukah anda hidup dan mengharunginya? Sekiranya anda masih bekerja ditempat kerja anda sekarang, adakah anda mampu menaikkan gaji anda sebanyak 3 kali ganda dari sekarang dalam masa 5 tahun

Jika anda seorang yang bersungguh-sungguh dan komited TETAPI tidak berada dipersekitaran yang bagus?...kami ada jawapan, sila hubungi saya @ 019-2690029 untuk penerangan percuma ataupun klik sini untuk maklumat lanjut.

Sebab utama peminjam GAGAL bayar HUTANG!


Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.

Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Adakah anda ingin menjadi sebahagian dari statistik? Bagaimana ianya dapat dielakkan. Bertindak lah dengan bijak, jangan gunakan kredit kad anda untuk membayar kos perubatan tetapi gunakanlah kad perubatan takaful. Bermulalah menabung dari sekarang didalam pelan takaful untuk persiapan dihari susah nanti. Sila hubungi saya @ 0192690029 untuk keterangan lanjut.

Hospital swasta atau hospital kerajaan yang banyak?


Bilangan Hospital Swasta semakin meningkat setiap tahun, ini bermakna anda mempunyai banyak pilihan utk mendapat rawatan terutama semasa kecemasan. Tetapi adakah anda mampu utk menanggung kos perubatan yang tinggi? Oleh itu, dapatkan kad perubatan takaful anda sekarang!

Saya dah ada company punye insurans & medical card, tak perlulah saya ambik personal punyer...


Alasan ini mmg dah biasa kita dengar tapi apakah kesannye kepada anda & keluarga anda. Hayati lah cerita di bawah ini berkenaan pengalaman seorang rakan agent bersama prospek nyer. Diharap kita dapat bersama-sama mengambil ikhtibar.

Okay, ini cerita saya tentang orang yang taknak ambil personal takaful/medical card sebab terlalu selesa dengan coverage yang company bagi.

1. Hari Rabu baru ni, saya dapat satu phone call dari seorang prospect perempuan yang dapat flyers saya dari booth promosi di Jusco Alpha Angle.

2. Dia kata nak ambil medical card untuk suami dan dia kata dia boleh bayar maximum RM4,000.00 setahun.

3. Saya kata boleh je nak ambilkan untuk suami. Kalau suami sihat dan takde masalah kesihatan, dalam 2 weeks policy boleh approve dan siap.

4. Lepas tu baru prospect tu gitau yang suami dia sebenarnya ada leukemia stage 3. Ramai yang taktau bahawa leukemia juga adalah cancer. Dia nak ambil medical card sebab treatment cost mahal sangat.

5. Prospect tu gitau dulu suami dia seorang electronic engineer di sebuah company selama 14 tahun. Suami dia taknak ambil personal takaful sebab company dia cover unlimited medical bill.

6. Pada tahun 2008, doctor diagnosed suami dia ada leukemia. Masa tu company cover semua medical bill.

7. Bila dah start sakit, badan belum dapat sesuaikan dengan keadaan kesihatan waktu tu. So boleh kata hampir tiap2 hari suami dia cuti. Medical bill tiap2 bulan company tanggung.

8. Pada November 2009, suami dia dapat surat diberhentikan kerja sebab tak cukup tempoh bekerja dalam setahun dan company terpaksa tanggung medical bill tinggi.

9. Prospect tu kata, company ada bagi pampasan gratitude RM20,000 kat suami dia, tapi dah habis untuk buat leukemia treatment.

10.Prospect tu gitau, sebulan sekali kena buat blood treatment (rawatan darah) RM2,500 dan sebulan 2 kali kena buat therapy RM600/session. Total treatment cost sebulan ialah RM3,700. Setahun RM44,400.

11.Prospect tu tambah lagi, dia kata sekarang ni dia mampu untuk buat blood treatment je untuk suami dia sebab kalau buat therapy sekali terlampau mahal. Suami dah tak kerja, so prospect tu yang tanggung belanja family 100%. Anak 4 orang, semua masih bersekolah.

12.Sepanjang phone call tu, prospect menangis dan merayu supaya saya tolong beliau. Saya kata saya kena contact syarikat Takaful dulu untuk kepastian.

13.Saya call leader saya dan consult tentang kes saya ni.

14.Dia kata, dia ada experience tentang kes cancer. Ada prospect dia kena cancer stage 1, dah sembuh, verified by doctor's report, tapi still syarikat Takaful reject application prospect tu.

15. Syarikat Takaful suruh client tu tunggu 2 tahun dulu baru re-apply medical card. Medical report je dah RM400 kena bayar, last2 kena reject juga.

16.Kalau orang yang pernah kena cancer stage 1, dah sembuh dan disahkan doctor pun kena reject dan kena tunggu 2 tahun, orang yang cancer stage 3 pula macam mana?

17.Ada satu je jawapannya: Confirm kena REJECT on the spot. As simple as that. No backdoor exploitation.

18.Saya pun call prospect tadi dan gitau perkara sebenar. Saya minta dia bersabar. Tapi dari suara dia, seolah-olah dia dah putus harapan dgn masa depan family dia.

19.Moral of the story - walaupun you mampu untuk bayar RM4,000 setahun untuk Takaful, tapi kalau you dah sakit, either Takaful you approve tapi bersyarat tak cover penyakit sedia ada atau kena REJECT terus.

20.You taknak ambil personal Takaful/medical card sebab company dah provide unlimited coverage? It's up to you.

21.Electronic engineer yang dah kerja 14 tahun dan dah senior di company tersebut pun boleh diberhentikan sebab tak productive dan merugikan company.

22.You rasa diri you macam mana? Renung-renungkan la...

SIAPA sebenarnya PERLUKAN Insurans/Takaful?